Air teh Kombucha adalah minuman zaman
silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses
pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara
semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka
sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.
‘Biochemist’ banyak menyebut tentang
kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid Laktik juga ditemui
di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air
tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari
asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan,
meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat
mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi
hati (liver).
Asid Laktik jarang sekali terdapat
didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada
‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid
DL-Laktik yang tidak diingini.
Asid Glucuronic adalah penyahtoksid
bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi
membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.
Pelarut semulajadi ini sangat berguna
kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana
terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga
adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.
Mucopolysaccharides adalah
molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu
membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan
mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.
Mucoplysaccharides mengandungi:
1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang
mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan
rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan
lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu
hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.
Air teh Kombucha sangat baik terutama
di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan.
Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam
perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari
penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah
(60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang
diperlukan oleh sistem penghadaman.
Air teh Kambucha dapat mengatasi
masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang
baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam
hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat
badan jika diminum setiap hari.
Air teh Kombucha bukanlah penyembuh
segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak
testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi
mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha
secara berterusan selama 30 hari. Adalah dicadangkan supaya bermula dengan
pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua
belas (12) auns sehari.(Sumber: FB Sehat Dan Sukses Dengan Teh Kombucha Community)
Kebaikan yang pernah
dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
1. Menghapuskan kedutan dan membantu
menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
2. Mengelakkan dari beberapa jenis
kanser. Di Manchuria, di mana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun
dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan
keagamaan.
3. Semasa manapous, Kombucha dapat
mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda
akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha
yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia
beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan
fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.
Antara lagi kebaikan yang ditemui:
Membantu melegakan masalah sembelit.
Membantu melegakan sakit-sakit otot
pada bahu dan leher/tengkuk.
Membantu melegakan masalah
bronchitis, asma dan batuk.
Membantu melegakan kanak-kanak yang ada
masalah berkahak (Phlegm)
Membantu melegakan masalah alergik
dan juga masalah sakit saraf.
Membantu melegakan masalah buah
pinggang.
Membantu melegakan masalah katarak
atau masalah kornea mata.
Membantu membersihkan pundi hempedu,
menolong masalah colitis dan sakit perut
Membantu menyembuhkan banyak jenis
penyakit.
Berupaya mengurangkan kolestrol dan
melembutkan saluran-saluran darah.
Membantu melegakan masalah
ceret-beret.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment